Wednesday, November 18, 2009

Beauty and The Beast

Orang kata cinta datang tanpa kita sedari..
Tanpa kita cari..
Orang juga kata cinta tak mengenal paras rupa..
Tak mengenal diri..
Macam dalam lirik 2 Dunia nyanyian Too Phat dan Siti..
"Cinta itu buta dan juga boleh membutakan.."
Aku cuba melihat dunia berpasangan sekali lagi..
Tak perlu nak merantau seluruh pelosok dunia..
Cukup sekadar di Mid Valley..
Sana dan macam wayang free bagi aku..
Setiap orang aku perhati..
Menganalisis dan terus membuat kesimpulan sendiri..
Dan di sebelah sisi aku terselit "How To Understand People Through Their Body Language"..
Dan di sebelahnya lagi terselit buku cerita kanak2 Beauty and The Beast yang baru aku beli..
Heh..
Aku suka beli buku2 macam ni...

Aku lihat semula sekeliling..
Memang ada yang serupa seperti cerita cinta Beauty and The Beast..
Perempuan di sebelahnya memang cantik..
Terlalu cantik hingga tenggelam karektor lelaki sampai dikategorikan sebagai The Beast..
Jgn salah faham..
Aku tak mengamalkan sebarang diskriminasi terhadap paras rupa kat dalam blog ni..
In fact jujur aku katakan yang aku sendiri tergolong dalam kategori The Beast ni..
Cinta bukan hanya untuk orang yang cantik dan kacak2 jer kan?
Cinta milik setiap insan yang ada kat dunia ni...
Orang hodoh juga berhak merasakan diri mereka dicintai..
Orang buruk juga berhak merasakan kasih sayang..

Sehelai demi sehelai buku cerita itu aku selak..
Membaca setiap baris kata2 yang tertulis dalam setiap helaian muka surat..
Memerhatikan setiap gambar..
Ini yang seronoknya buku kanak2 ni..
Gambar saja dan makan separuh dari muka surat..
Lagi sikit teksnya lagi cepat lar habis aku baca..
Lagipun satu gambar sudah memberi seribu makna kan?
Aku teruskan membaca cerita yang mana aku dah tau bagaimana penghujungnya..
"..and they live happily ever after."
Dan kemudian aku perasan sesuatu pada salah satu gambar..
Beast ada 'castle' lar..
Patut lar Beauty jatuh cinta..
Di sebalik rupa yang menakutkan tu Beast adalah seorang putera yang 'kaya'..
Tersenyum aku bila DH bersuara..

Monday, November 16, 2009

Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul..

Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat..

Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku..

Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit..

Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah..

Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah..

Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku..

Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku..

Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku..

Ular oh ular Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku..

P/S :
Aku dah lama tak dengar lagu ni ..
Dengar pun masa kecil dulu..
Aku ingat cuma sekadar lagu berkenaan binatang..
Sekarang lagu ni membuatkan aku terfikir semula..
Kenapa lah kita tak jadi macam ular di dalam lagu ni..?
Yang mengaku dan jujur dengan tanggungjawab sendiri..
Kenapa kita jadikan diri kita sama seperti bangau dan lain2 dalam lagu ni..?
Yang lebih suka menuding jari menyalahkan orang lain dari berusaha untuk perbaiki diri sendiri..?